Friday, October 7, 2011

A134517 Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Nor LJ03 : Heuristika

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan saya menimba ilmu di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Dan alhamdulillah, ini merupakan kesempatan ketiga saya untuk menulis, meluahkan pandangan dan memberikan pendapat dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan yang semakin hari semakin menarik. Saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas pada minggu ini di atas sebab-sebab kesihatan. Namun, saya masih menghadiri kedua-dua kuliah iaitu pada hari Isnin dan hari Selasa.
 
Pada minggu ini, Dr Zamri memberi penekanan pada topik baru dalam pembelajaran iaitu Heuristika dan Bias. Ia merupakan tajuk ketiga sejak kursus ini bermula. Apa itu heuristika? Apa itu bias? Heuristika atau heuristik ,jika dirujuk pada Wikipedia merupakan salah satu istilah dalam bidnag psikologi. Heuristika  secara amnya bermaksud pedoman . Secara istilah pula, heuristika bermaksud teknik dan peraturan yang digunakan oleh individu  atau boleh juga diertikan sebagai pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.
 
Heuristika terbahagi kepada empat jenis iaitu :-
1)      Heuristika Jalan-Jawapan
-          Satu kaedah berfikir kea rah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini,kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.
 
2)      Heuristika Analogi
-          Penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi  struktur dan kebiasaannya, menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru.
 
3)      Heuristika Representatif
-          Menggunakan sesuatu peristiwa denga bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya,kita akan percaya ianya lebih munasabah.
 
4)      Heuristika Ketercapaian
-          Penyelesaian masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka.
 
Dalam topik ini , Dr Zamri telah memaparkan satu video tentang seekor chimpanzee yang ingin mengambil makanannya yang tersepit dibawah sebuah bongkah batu. Ia telah mencuba dengan berbagai-bagai cara. Akhirnya, chimpanzee comel itu telah belajar membuat keputusan dengan meminta pertolongan daripadan orang terdekat dengannya.
 
Seterusnya, kami mendalami tajuk bias pada hari Selasa, hari kedua kuliah. Apa itu bias? Apa yang saya faham tentang bias sebelum ini , bias adalah penyebab atau punca sesuatu perkara itu berlaku dengan 'error'. Namun, setelah diterangkan secara terperinci oleh pensyarah kami iaitu Dr Zamri, bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perpekstif tertentu. Mlah, kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.
Bias terbahagi kepada dua iaitu :- bias yang terhasil daripada heuristika..
1)      Heuristika Representatif
2)      Heuristika Ketercapaian
Bias selalunya terjadi kerana perasaan 'overconfident' atau terlalu yakin akan kemampuan diri. Apabila seseorang itu terlalu yakin dengan diri sendiri, dalam tak sedar dia telah membuat kesilapan dan akhirnya akan memakannya kembali. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis bias iaitu:-
1)       bias tersangkut (Anchoring Bias)
2)       bias pengesahan (Confirmation Bias)
3)      bias ketercapaian (Availability Bias)
4)      bias representative ( Representative Bias)
5)      bias dalam komitmen ( Escalation OF Commitment).
 
Sebelum Dr Zamri mengakhiri kuliah, beliau sempat member penerangan tentang 'Groupthink'. Apa itu 'groupthink'? ' Groupthink' adalah bias yang terjadi apabila di dalam satu kumpulan. Ini biasanya terjadi apabila kita berada dalam situasi bersama-sama. Contohnya, bersama rakan –rakan kuliah yang sedang melakukan perbincangan untuk grup projek. Salah seorang sudah tentu akan menjadi pengurus projek atau 'leader group' dan berkemungkinan 'leader group' itu bersikap bias, dan tidak mahu menerima buah fikiran anak-anak buah dan rakan-rakan yang lain. Ini yang dikatakan bias di dalam 'Groupthink'. Sudah tentu anda semua pernah menaglaminya kan?
Rasanya, sehingga sini sahajalah yang saya termampu untuk penulisan jurnal. Saya akui, topic untuk minggu ini agak payah dan 'tough' untuk difahami dan dibuat ulasan. Semoga berjumpa lagi dalam penulisan jurnal akan dating yang berkisar tentang Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam Proses Membuat Keputusan. 

No comments:

Post a Comment